11 atlet, jurulatih, pengurus sukan terima anugerah

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Seramai 11 atlet, jurulatih, pengurus sukan dan atlet kurang upaya (OKU) diberi penghargaan menerusi Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan yang berjaya menaikkan nama atas kejayaan sukan masing-masing.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata, anugerah itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada mereka atas kejayaan, komitmen dan khidmat bakti yang disumbangkan sepanjang tahun 2015 dan 2016.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.