Tragedi tahfiz: Penduduk gesa pihak berkuasa tingkat pemantauan

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 18 Sept. - Penduduk sekitar Jalan Keramat Hujung berhampiran Taman Tasik Datuk Keramat menggesa pihak berkuasa agar meningkatkan pemantauan keselamatan dan pencahayaan kawasan riadah tersebut bagi mengelakkan ia menjadi tumpuan penagih dan aktiviti tidak bermoral.

Menurut mereka, taman tasik yang terletak di belakang bangunan sementara Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar awal pagi Khamis lalu itu menjadi tumpuan remaja untuk berkumpul dan ada dalam kalangan mereka bermalam di pondok-pondok kecil di kawasan berkenaan.


Gesaan itu disuarakan kerana penduduk bimbang jika kawasan tersebut tidak dipantau dan dipertingkatkan pencahayaannya, aktiviti jenayah akan menular dan lebih membimbangkan, tragedi sama seperti kebakaran di pusat tahfiz berhampiran yang menyebabkan 23 kematian akan berulang.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.