DBKL diminta pertimbang larangan berniaga setiap Sabtu

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Para peniaga bazar di Jalan Masjid India, di sini meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertimbangkan semula arahan yang melarang mereka berniaga pada setiap Sabtu sehingga 17 Oktober ini.

Pegawai Tugas Khas Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Shafik Abdullah berkata, ketetapan itu dibuat kerana DBKL memutuskan untuk memberi laluan kepada perniagaan pasar malam yang beroperasi di kawasan sama pada setiap Sabtu.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.