Dua maut tiga parah kereta dihempap pokok

  • 6 tahun lalu
KUALA TERENGGANU 7 Okt. -Dua orang maut manakala tiga lagi cedera parah selepas sebatang pokok besar tumbang menghempap dua buah kenderaan dekat sini yang melalui jalan di situ tengah hari tadi.

Van sebuah sekolah menengah yang dinaiki tiga lelaki termasuk dua pelajar dan sebuah Perodua Kancil dinaiki dua wanita, remuk akibat kejadian itu.


Pemandu van terbabit dan seorang pelajar berusia 17 tahun yang duduk di bahagian depan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi pelajar yang di belakang cedera parah.

Dua wanita yang menaiki kereta terbabit turut cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) .



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/dua-maut-tiga-parah-kereta-dihempap-pokok-1.534994#ixzz4uoBFhWL0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Disyorkan