Peserta Asia dominasi separuh akhir PABM
  • 6 tahun lalu
BANGI 24 Julai - Berbeza dengan edisi-edisi sebelum ini, persaingan separuh akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa bahasa Melayu (PABM) edisi ke-11 Melihatkan penguasaan peserta dari rantau Asia.

Daripada 20 pemidato yang bertanding pada pusingan suku akhir kategori antarabangsa yang berlangsung di sini hari ini, lima peserta masing-masing dari Jepun, Korea Selatan, China, Uzbekistan dan Azerbaijan telah berjaya memikat hati para juri untuk melayakkan diri untuk ke peringkat separuh akhir esok.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/peserta-asia-dominasi-separuh-akhir-pabm-1.506811#ixzz4nkCxlH83
© Utusan Melayu (M) Bhd