Dokumen FIC dibawa keluar SPRM

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 8 Jun - Selepas hampir lapan jam berada di Balai Felda, pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya membawa keluar sebahagian dokumen daripada Felda Investment Corporation (FIC) bagi siasatan lanjut.

Kesemua dokumen berkenaan dibawa keluar oleh pegawai dan anggota sebelum meninggalkan menara berkenaan menaiki dua buah kenderaan SPRM kira -kira pukul 6 petang tadi.