Wawancara TPM Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena ulang tahun ke-71 UMNO (Bahagian 2)
  • 6 tahun lalu
Mukadimah

DALAM tempoh tujuh dekad UMNO menakhoda negara ini, pelbagai cabaran dan onak yang perlu diharungi parti keramat orang Melayu itu.

Namun UMNO terus gagah mengharungi gelora yang kadangkalanya terlalu ganas termasuk kebimbangan parti itu akan karam apabila dilanda tsunami politik dalam dua pilihan raya umum (PRU) lalu .

Bagi Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pengalaman itu banyak mengajar UMNO untuk bangkit kembali dan menyusun semula gerak kerjanya.

Walau bagaimanpun ketika berkongsi aspirasi beliau menjelang sambutan ulang tahun ke-71 UMNO Khamis ini, Ahmad Zahid memberitahu wartawan Mingguan Malaysia DATUK ZULKEFLI HAMZAH, NIZAM HAMID, HAMDEN RAMLI, KAMIL MASLIH dan jurufoto FAUZI BAHARUDIN, ahli UMNO dan kepemimpinannya tidak boleh tengggelam dengan pujian tukang-tukang kipas yang menyebabkan mereka mengantuk dan terlena sehingga tidak bekerja untuk mengukuhkan parti.

Menurut beliau, PRU-14 nanti adalah waktunya untuk UMNO menebus kekecundangannya dalam PRU-12 dan PRU-13. 

“Ini adalah waktunya yang paling baik untuk kita buktikan bahawa agenda agama, bangsa dan negara mengatasi agenda peribadi dan kita ketepikan perbezaan kalangan kita demi kemenangan UMNO dan BN,” tegas beliau.
Disyorkan