USS Coronado buat kemunculan di LIMA'17

  • 6 tahun lalu
LANGKAWI 25 Mac - Buat julung kalinya, kapal tempur pesisir (LCS) terbaharu milik Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Coronado membuat kemunculan di Malaysia sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017, di sini hari ini.

Keunikan kapal dari kelas Independence ini terserlah dari rupanya yang direka dengan menggunakan konsep trimaran, di samping menggunakan enjin turbin gas yang mampu menggerakkan kapal seberat 3,100 tan ini pada kelajuan 40 knot.