Serbuk ekstasi bernilai RM30,000 dirampas

  • 6 tahun lalu
JOHOR BAHRU 22 Feb. - Polis menahan tiga lelaki dan merampas 100 paket plastik mengandungi serbuk dadah dipercayai jenis ekstasi seberat 2.7 kilogram yang dianggarkan bernilai RM30,000 di sebuah premis di Taman Sentosa, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 20 hingga 32 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri pada pukul 5.30 petang.

"Ini merupakan taktik terbaharu sindiket pengedaran dadah dengan membungkus serbuk dadah berkenaan dalam paket plastik.

"Kita tidak menolak kemungkinan dadah itu untuk edaran di pusat-pusat hiburan di sekitar bandar raya ini," katanya dalam sidang akhbar, di sini sebentar tadi.