Stafoc kawal keselamatan suspek pembunuh Kim Jong Nam

  • 6 tahun lalu
Kompleks Mahkamah Sepang dipenuhi lebih 300 media antarabangsa dan tempatan sejak seawal enam pagi.

Mereka perlu mendaftarkan diri sebelum dibenarkan masuk ke kawasan kompleks mahkamah.

Hanya seorang wakil media dibenarkan berada dalam kamar mahkamah yang dihadkan seramai 15 orang sahaja.

Sekitar kawasan mahkamah dikawal ketat oleh anggota keselamatan kedua-dua suspek terlibat dalam kes yang dinggap berprofile tinggi.

Siti Aisyah dan Doan Thi Huang tiba di kompleks Mahkamah secara berasingan iaitu pada pukul 9.30 pagi dan 9.40 pagi.

Setiap suspek diiringi konvoi lebih 11 buah kenderaan yang dikawal ketat oleh anggota Petugas Khas Jenayah Terancang yang memakai topeng dan lengkap bersenjata.

Dianggarkan hampir 200 anggota keselamatan bertugas di dalam dan luar mahkamah. Kawalan ketat dilakukan pasukan khas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Malahan media tidak langsung berkesemtan untuk menghampiri Siti Aisyah dan Dong Thi Huang ditangkap pada 13 Februari iaitu empat hari selepas Kim Jong Nam dibunuh menggunakan senjata kimia.

Tahanan reman mereka tamat hari ini selepas 13 hari ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan Kim Jong Nam.

Laporan awal Pusat Analisa Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia mendedahkan Kim Jong Nam dibunuh menggunakan cecair kimia
dikenali sebagai Agent Saraf VX.

Cecair itu disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyem Senjata Kimia 2005.

Sementara itu di dalam mahkamah majestret Siti Aisyah dan Doan Thi Huang didakwa atas tuduhan membunuh lelaki Korea Utara bernama Kim Chol.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA 2 kira-kira pukul 9 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman nati mandotari

Turut hadir prosiding adalah wakil daripada kedutaan Indonesia dan Vietnam.

Hakim Mahkamah Sesyen Harith Sham Mohamed Yasin yang bertindak sebagai Majistret menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.