Dua rumah di Pandan Indah hangus

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Seramai 22 individu tinggal sehelai sepinggang selepas dua buah rumah kediaman di Jalan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam di sini musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah, Skein Citbanchong Wee San berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.35 malam dan tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.