Alat permainan tradisional bantu isi masa lapang perwakilan

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Ahli Wanita UMNO yang menyaksikan pembentangan usul perhimpunan agung melalui skrin gergasi di aras dua Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kini boleh mengisi masa lapang mereka dengan bermain alat permainan tradisional yang disediakan di sini.
Alat permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban yang disediakan Sekreteriat Sukan, Kebudayaan dan Kesenian Wanita UMNO itu bukan sahaja dapat membantu mengisi masa lapang, malah mampu mengeratkan hubungan antara mereka.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.