Wan Maimunah dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas

  • 6 tahun lalu
Pelakon veteran, Wan Maimunah Abdul Aziz yang menerima rawatan di Hospital Jasin sejak enam hari lalu dijangka keluar dari wad hari ini selepas keadaan kesihatannya semakin baik.

Artis berusia 62 tahun yang gemar membahasakan dirinya 'ibu' itu ditahan wad selepas mengalami bengkak jantung dan jangkitan kuman paru-paru selain kerap sesak nafas.