Putera La Galigo mencabar pelakon

  • 6 tahun lalu
Oleh NURULANUAR MANSOR

Bagi pendukung watak Puteri Perak, Tasha Shila bagi menjiwai dan menghidupkan karekter yang dibawa dia tealh memberikan penumpuan dan masa untuk mempelajari seni tari Bugis, silat dan
nyanyian.

Kata pelakon berusia 29 tahun yag nama sebenarnya Natasha Sheila ini, dia telah memberikan tempoh selama dua bulan untukmemastikan dapat menjiwai watak Puteri Perak.

“Teater ini merupakan satu perkara yang berlainan dengan lakonan drama dan filem, pastinya saya mahu berikan yang terbaik apabila perlu dilakonkan di depan audiens secara langsung
apatah lagi watak Puteri Perak diberikan ini amat menarik dan sarat nilai-nilai perjuangan mempertahankan agama, bangsa dan tanah air tercinta.

“Menjiwai wakak Puteri Perak ini sepenuh hati untuk memberikan persembahan terbaik kelak merupakan satu perkara yang amat berbaloi,” ujarnya.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.