Jom Ke Marina Putrajaya

  • 6 tahun lalu
Kunjungan ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan tidak lengkap sekiranya tidak menaiki Cruise Tasik Putrajaya yang menawarkan peluang suasana keindahan sebenar Putrajaya menerusi pelayaran menyelusuri tasik seluas 650 hektar.

Diuruskan oleh Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (MPSB), Cruise Tasik Putrajaya menawarkan harga istimewa pakej keluarga sempena cuti sekolah bagi pelayaran yang mengambil masa selama 45 minit di dalam cruise berhawa dingin dan sangat selesa.

Ketua Pegawai Eksekutif MPSB, Datuk Zaharah Salamat berkata Cruise Tasik Putrajaya beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7.15 malam, kecuali bagi Dining Cruise, Charter Cruise dan Love Boat menawarkan pengalaman menakjubkan buat pengunjung.-UTUSAN ONLINE
Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.