Legasi Khairudin terbangkan belon udara panas

  • 6 tahun lalu
Kalau anda seorang yang gayat, mungkin tidak teringin untuk duduk di dalam bakul yang diterbangkan oleh belon udara panas. Apatah lagi dibawa naik ke udara sehingga ke paras 30 kaki. Apabila perasaan gayat itu berjaya diatasi, rasa keseronokan berada di dalam belon udara panas. Belon udara panas bukan sekadar sukan ekstrem tetapi menerbangkan belon udara panas ini, ia merupakan satu cabaran kerana tidak boleh melakukan sebarang kesilapan sewaktu mengendalikan belon ini. Ini kerana sekecil-kecil kesilapan boleh mengakibatkan nyawa melayang. Baru-baru ini, sewaktu wakil media dari Kuala Lumpur dibawa oleh pihak Hotel Grand Paragon Johor Bahru, Johor, turut diselitkan aktiviti menaiki belon udara panas. Dua gadis adik beradik yang mengendalikan syarikat AKA Balloon Sdn. Bhd., bukan hanya gah sebab mereka menerbangkan belon udara panas tetapi sebenarnya, apa yang dilakukan oleh dua gadis jelita ini merupakan kesinambungan legasi peninggalan arwah ayahanda mereka, penerbang belon udara panas pertama Malaysia. Ikuti temubual ringkas bersama Izati Khairuddin, Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) AKA Ballon Sdn. Bhd. - UTUSAN ONLINE

Disyorkan