ETS dijangka beroperasi semula 3 petang ini

  • 6 tahun lalu
IPOH 30 Okt. - Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) laluan utara-selatan yang terjejas ekoran kejadian tren kargo tergelincir di Kampung Bakap berhampiran Stesen Batu Gajah dekat sini dijangka beroperasi semula mulai pukul 3 petang ini.

Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Siti Badariah Wan Hanafi berkata, kelewatan daripada sasaran awal pukul 5 pagi itu berlaku disebabkan beberapa masalah teknikal.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.