ICAPP ke-19 perjuang 1Asia bebas kemiskinan, terorisme dan pencemaran

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 2 Sept. - Persidangan Antarabangsa Parti- parti Politik Asia (ICAPP) ke-19 yang bermula hari ini akan memperjuangkan 1Asia yang bebas daripada kemiskinan, terorisme dan pencemaran alam sekitar.

Persidangan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu disertai 72 parti politik dari 26 negara Asia.

Dalam ucapannya, Najib mengariskan tiga isu utama yang perlu diberi perhatian serius oleh parti-parti politik di rantau Asia jika mahu memastikan kedudukan politik dan ekonomi sesebuah negara terjamin, selamat serta kukuh.

Tiga isu tersebut ialah soal bagaimana parti-parti politik berupaya untuk mengatasi masalah kemiskinan, ancaman keganasan serta menghentikan pemusnahan alam sekitar.

Ucapan Najib disambut baik oleh perwakilan dan berpendapat setiap negara perlu mengetepikan perbezaan geografi, budaya dan agama dalam mencapai matlamat mengatasi masalah yang digariskan Perdana Menteri.

ICAPP ditubuhkan pada 2010 dan bersidang setiap dua tahun. ICAPP ke-19 bertemakan 'Kerjasama Untuk Mempromosi 1Asia'.-UTUSAN ONLINE