Polis buru penyamun guna pedang samurai

  • 6 tahun lalu
ALOR SETAR 24 Ogos - Polis memburu lima lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai terlibat dalam kegiatan samun bersenjatakan pedang samurai di daerah ini dan Pendang sejak awal bulan lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, kumpulan penjenayah bermotosikal itu dipercayai menyasarkan suri rumah yang bersendirian di kediaman mereka terutama pada waktu pagi.

Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan kumpulan berkenaan adalah kumpulan penjenayah sama yang dikehendaki di Pulau Pinang.