Polis tahan suspek tetak, tembak, langgar Ken Rimba

  • 6 tahun lalu
Polis tahan seorang lagi suspek kes tetak, tembak, langgar Ken Rimba


SHAH ALAM 8 Ogos - Pihak polis telah berjaya menahan seorang lagi ahli kumpulan samseng yang terlibat dalam kes tetak , langgar dan tembak di Flat Ken Rimba pada Sabtu lalu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, susulan daripada penahanan dua suspek pada hari sama kejadian, suspek yang terbaharu itu ditahan di sebuah rumah di Pandamaran pada pukul tiga pagi tadi.

Ini menjadikan kesemuanya tiga orang suspek yang berjaya ditahan oleh pihak polis.