SME Corp. Malaysia meraikan anak-anak yatim
  • 6 tahun lalu
SEBANYAK 51 anak yatim dari Rumah Jagaan Anak Yatim dan Miskin Seri Kundang, Rawang diraikan dalam Majlis Sambutan Aidilfitri SME Corporation Malaysia (SME Corp.) di Kuala Lumpur, semalam.
Pengerusi SME Corp., Tan Sri Ir. Dr. Mohamed Al-Amin Abdul Majid berkata, selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakan-rakan SME Corp., pihaknya juga berhasrat berkongsi keriangan Aidilfitri bersama anak-anak yatim.
ìSaya mengucapkan syabas kepada Kelab SME Corp. Malaysia kerana telah berusaha mengumpulkan dana bagi memastikan rezeki yang ada dapat dikongsi bersama mereka yang kurang bernasib baik.
ìDiharap agar amalan bersedekah sebegini dapat dijadikan sebagai sebahagian daripada kehidupan kita,katanya.
Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Datuk Dr. Hafsah Hashim.- Utusan Malaysia