Serangan Zionis ke atas umat Islam di Kompleks Masjid Al Aqsa, Palestin

  • 6 tahun lalu
Lapan orang cedera selain empat penduduk Palestin ditahan selepas rejim Zionis menyerbu salah Masjid Al-Qibili, salah sebuah masjid tertua di dalam Kompleks Masjid Al-Aqsa semalam.
Serbuan itu dilakukan selepas pertembungan antara penduduk haram Yahudi dengan kumpulan Murabitoun Palestin yang mempertahankan Masjid Al-Qibili.
Rejim Zionis dilihat membantu penduduk haram Yahudi itu untuk memasuki masjid berkenaan dan turut menembak kumpulan Murabitoun Palestin dengan peluru getah sehingga menyebabkan seorang penduduk Palestin yang sedang solat di dalam masjid berkenaan cedera parah.
Insiden itu telah menyebabkan Masjid Al-Qibili dikepung dari awal pagi hingga lewat petang semalam.