Tangan kanak-kanak tersepit eskalator

  • 6 tahun lalu
MELAKA 15 Jun - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun berdepan detik-detik mencemaskan apabila tangan kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pasar raya di Ayer Keroh di sini malam ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika mangsa bersama keluarganya datang ke pasar raya itu untuk membeli-belah dan sewaktu melalui kawasan eskalator tersebut, mangsa tiba-tiba tersepit bahagian tangan kanannya.

Menurut Pegawai Pengurusan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd. Din, mangsa, Iman Sumaiyah Masri, 3, mengalami luka iaitu melecet pada tangan kanannya berikutan kejadian itu.