[PRK P.093] Abang Budi solat tarawih bersama jemaah Binjai Jaya

  • 6 tahun lalu
Ketibaan bulan Ramadan tidak menghalang calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi membataskan pergerakkan untuk bertemu para pengundi.

Kesempatan itu juga diambil Budiman atau lebih mesra dipanggil Abang Budi untuk menunaikan solat secara berjemaah termasuk solat sunat tarawih di masjid-masjid sekitar Sungai Besar.

Semalam, Abang Budi bersama-sama 100 jemaah Binjai Jaya di Sungai Panjang menunaikan solat sunat tarawih sebaik sahaja selesai solat Isyak di Masjid Nurul Hidayah, Parit 16, Sungai Panjang.

Abang Budi turut menyertai penduduk kampung untuk menikmati hidangan moreh selepas solat sunat tarawih sebelum begegas ke Sungai Limau menziarahi bilal Masjid Hasyimiah, Musolli Resad, di mana rumahnya musnah dalam satu kebakaran malam tadi. - UTUSAN ONLINE


#BeritaMalaysia #UtusanMalaysia #UtusanOnline #prksungaibesar

Langgan akhbar digital Utusan di http://bit.ly/eutusan