Cuti sekolah bersama Power Rangers

  • 6 tahun lalu
GENTING HIGHLANDS - Sempena cuti sekolah pertengahan tahun pada Jun nanti,orang ramai khususnya ibu bapa boleh meluangkan masa bersama anak-anak dengan menyaksikan persembahan aksi lima wira yang menggelar diri mereka sebagai Power Rangers.

Jika selama ini aksi mereka hanya boleh ditonton menerusi kaca televisyen tetapi kali ini, buat julung kalinya persembahan Power Rangers diadakan di Malaysia.
Persembahan yang bakal diadakan di Genting International Showroom, pada 28 Mei sehingga 26 Jun nanti menampilkan karakter-karakter popular seperti Power Rangers Dino Charge, Mighty Morphin, Fury, Poisandra dan ramai lagi.
Seramai 25 pelakon dan krew didatangkan khas dari Jepun akan bekerjasama dengan 15 tenaga produksi tempatan pada 48 persembahan nanti.
Bagi anda yang ingin menyaksikan persembahan Power Rangers menentang musuhnya secara terus dan dekat, boleh dapatkan tiket pada harga RM108 (VIP), RM88 (PS1) dan RM68 (PS2).
Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.rwgenting.com atau hubungi talian 03-27181118. - UTUSAN ONLINE