Reena Nicky yakin pada Penuh Magika

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 21 Mei - Bukan sekadar mencuba nasib untuk menjadi penyanyi, Reena Nicky yakin album sulungnya berjudul Penuh Magika mampu meledakkan pasaran tempatan.

Beliau berkata, walaupun mengambil masa yang cukup lama untuk melahirkan album namun penantian itu dirasakannya berbaloi.

"Album Penuh Magika adalah sebuah album debut yang memuatkan sembilan buah lagu.

"Saya yakin Penuh Magika ialah killer album," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran album tersebut.

Katanya, di dalam album yang mendapat sumbangan lagu daripada nama besar dalam industri seperti Manan Ngah, Azam Dungun, Rosli Ahmad dan Is Wow turut diselitkan sebuah lagu raya dan kenegaraan.

Tambahnya, album sulungnya itu diedarkan oleh Warner Music Malaysia.

"Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan orang yang arif tentang selok belok industri muzik.

"Insya - Allah, dengan strategi pemasaran yang betul, Penuh Magika dapat diterima penggemar muzik tanah air, " katanya. - UTUSAN ONLINE

Disyorkan