Nasi Ayam Itali Kurma tarikan Pizza Hut di bulan Ramadan

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 15 Jun - Sempena bulan ramadan yang bakal tiba, Pizza Hut Malaysia menawarkan citarasa ramadan yang ditawarkan pada setiap bulan puasa bagi menghargai peminat-peminat, Dulang Citra Ramadan memperkenalkan juadah baharu yang enak iaitu Nasi Ayam Itali Kurma.

Nasi Ayam Itali Kurma pasti memikat selera di bulan yang mulia dengan sajian nasi yang dimasak dengan rempah istimewa, cebisan ayam, sosej ayam dan cendawan. Keenakannya diserlahkan lagi dengan kuah kurma yang lazat.

Ketua Pizza Hut Malaysia, Felix D. Michael berkata kami gembira kerana dapat menyediakan hidangan istimewa buat para pelanggan sebagai juadah berbuka puasa.

"Pizza Hut sentiasa berusaha mencari resepi terbaik bagi mencipta keunikan rasa untuk pelanggan kami.

"Tahun ini kami amat berbesar hati kerana dapat menghidangkan satu kelainan kepada pelanggan kami sempena bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba," tambah beliau ketika memperkenalkan Dulang Citra Ramadan di Pizza Hut, Pavilion Kuala Lumpur.

Dulang Citra Ramadan juga turut memperkenalkan beberapa juadah lain yang lazat antaranya Beef Arrabiata Spaghetti dengan hirisan daging lembu, cendawan dan lada banggala serta dihidangkan bersama sos Arrabiata dan hirisan cili kering.

Sementara itu, hidangan piza pula diperkenalkan Smokin' BBQ Chicken yang mengandungi cebisan ayam panggang, cendawan bawang serta keju mozarela dan dilazatkan lagi dengan sos barbeku.

Pelanggan Pizza Hut boleh memilih Dulang Citra Ramadan Satu untuk hidangan berdua. Manakala Dulang Citra Ramadan Dua sesuai dihidangkan untuk empat orang.-UTUSAN ONLINE