Tabung solidariti Najib kini RM86,282
  • 6 years ago
Sejumlah RM86,282 telah dikumpulkan tabung bantuan guaman untuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak setakat jam 9.30 pagi ini.

Ini meningkat daripada RM11,000 semalam.

Kutipan derma itu dilancar semalam oleh sekumpulan penyokong yang diketuai oleh bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii.

Razlan berkata derma itu sebagai tindak balas terhadap Najib yang tidak dapat membayar wang ikat jamin sepenuhnya.

Pada hari Rabu, Najib mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tiga tuduhan jenayah pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan transaksi yang melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta. Najib membayar RM500,000 dan akan membayar bakinya pada Isnin ini.
Recommended