EKSKLUSIF: Dr M sudah berubah? Najib rujuk rekod

  • 6 years ago
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa program 1Malaysia yang bertujuan menggalakkan keharmonian etnik dan perpaduan negara adalah antara sebab yang menyaksikan hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi renggang.

Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, beliau berkata Mahathir, yang bersekongkol dengan pergerakan pelampau Melayu, PERKASA, ketika itu, merasakan bahawa Najib terlalu ‘tunduk’ kepada masyarakat bukan Melayu.

Bagaimanapun, beliau berkata Mahathir yang berperanan dalam PERKASA dan kemudian menjadi penaung kumpulan itu mengubah rentaknya selepas menyertai Pakatan Harapan dan menjenamakan dirinya semula sebagai seorang "reformis".

Ditanya apakah beliau percaya perubahan pemimpin berusia 92 tahun itu adalah benar atau sekadar oportunisme politik, Najib merujuk kepada rekod Mahathir.

Katanya, Mahathir melabelkan DAP secara konsisten sebagai parti perkauman dan anti-Melayu.