MOF sentiasa utamakan Bahasa Melayu - Menteri

  • 6 years ago
Kementerian Kewangan sentiasa mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, kata Menterinya Lim Guan Eng.

Beliau berkata dakwaan bahawa Bahasa Mandarin telah menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kementerian adalah tidak benar dan ia boleh dibuktikan melalui laman web rasmi kementerian itu.

Menurutnya, kenyataan rasmi dalam Bahasa Melayu hanya akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan media antarabangsa dan sekali-sekala diterjemah ke dalam Bahasa Mandarin jika ada keperluan terutama apabila melibatkan terma-terma teknikal.