Gerakan putuskan untuk keluar BN

  • 6 years ago
Gerakan menjadi parti terbaru memutuskan untuk meninggalkan gabungan BN berikutan kekalahan mengejutkan pada pilihan raya umum bulan lalu.

Selepas mesyuarat khas hari ini untuk membincangkan perkara itu, parti itu mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan gabungan itu selepas menjadi sebahagian daripadanya selama empat dekad.