Datang cari rezeki 23 tahun lalu, kini jadi bos

  • 6 years ago
Pada 1993, Ayub Ali tiba di Malaysia dan bekerja sebagai pekerja am di kilang perabot. Kini, warganegara Bangladesh itu bergelar bos dan memiliki syarikat perabot yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

Ayub bersama 2 rakan kongsi warga tempatan mengusahakan Excellent Cabinet Industries yang terletak di Subang Jaya, Selangor, membuat kabinet untuk rumah, pejabat dan premis perniagaan.

Ayub berkata, beliau menyertai syarikat itu pada 2009 bermodalkan RM50,000 hasil titik peluh yang dikumpul selama 12 tahun ketika bekerja di Malaysia.

Recommended