Mangsa serangan asid tanding kerusi Parlimen Itali

  • 6 years ago
Selepas pulih dari trauma, seorang wanita yang wajahnya disimbah asid kira-kira lima tahun lalu oleh bekas teman lelakinya, bakal bertanding sebagai ahli Parlimen di Itali bagi memerangi keganasan berasaskan jantina.

Lucia Annibali mahu kerajaan menggubal dan menguatkuasakan undang-undang membela hak serta kebajikan golongan berkenaan.

Serangan asid jarang mengakibatkan kematian namun memberi kesan secara fizikal, psikologi dan sosial. - AFP, 28 Februari, 2018.