Ghaddar kembali sarung jersi Kelantan

  • 6 years ago
Penjaring Liga Super 2017, Mohammed Ghaddar kini kembali bergelar pemain Kelantan untuk musim Liga Super 2018.

Bekas penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan nilai perpindahan tertinggi kembali ke pangkuan Kelantan untuk menggantikan Magaro Gomis.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan tentang perkara seperti yang dilapor Utusan Online.

"Alhamdulillah, kita sudah berjaya lengkapkan pendaftaran pemain ini malam tadi sebelum tarikh tutup"

"Kita harap, kehadiran Ghaddar mampu memberikan impak yang lebih positif buat pasukan selepas ini".