CTDK Tunggu 'Siti Junior'

  • 6 years ago
Teka-teki jantina bayi sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya terjawab apabila penyanyi tersohor itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Siti dan suami Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa membuat pengumuman tersebut menerusi rakaman video di laman Instagramnya pada pagi Khamis bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-39.