Aliff Syukri Berang Isu Rolls Royce

  • 6 years ago
USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzzaman mengakui terlepas pandang berhubung isu cukai jalan membabitkan kereta jenama Rolls Royce miliknya yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Namun beliau yang lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris itu berang selepas menerima kecaman daripada netizen kerana dakwaan cuba menipu apabila menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan Sarawak sedangkan kenderaan terbabit digunakan di Semenanjung.