Trump kecewa dengan tindakan Palestin, ulang ugutan henti bantuan

  • 6 years ago
Presiden Donald Trump menuduh Palestin tidak menghormati Amerika Syarikat (AS) apabila pentadbiran Palestin tidak mengalu-alukan kehadiran Naib Presiden AS, Mike Pence di Baitulmaqdis dan enggan mengadakan pertemuan dengannya.

Kejadian itu mengecewakan Trump dan beliau mengulangi ugutan menghentikan bantuan bernilai ratusan juta dolar kepada negara itu sehingga Palestin bersetuju untuk mengambil bahagian dalam rundingan damai yang ditaja Amerika Syarikat. - AFP, 26 Januari, 2018

Recommended