Hanya sejam Elfira Loy 'hangus' RM10,000 di Los Angelas

  • 6 years ago
Pelakon dan pengacara muda Elfira Loy telah berbelanja hampir RM10,000 hanya dalam masa satu jam ketika membeli belah di kedai barangan solekan Sephora.

Elfira mendedahkan perkara itu dalam satu video terbitan Twinkel TV di Youtube yang dimuat naik pada 16 Disember lalu.

Pemilik nama lengkap Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu berkata dia sempat singgah ke kedai kosmetik tersebut di Los Angelas, Amerika Syarikat ketika dalam rangka menghadiri sebuah acara.

"Ada banyak yang saya habiskan dalam masa satu jam untuk beli barang. Saya belanja hampir RM10,000 di Sephora"

"Tak tahu lah kenapa boleh jadi macam mana. Tapi dah sampai ke kaunter, tak boleh patah balik. Kita terima saja la".

Menerusi Video tersebut Elfira membeli 32 set alat solek pelbagai harga hingga jumlah keseluruhannya menghampiri RM10,000.

Rata-rata netizen memberikan reaksi mengecam tindakan pelakon itu dengan mengatakan bahawa tindakannya itu adalah satu pembaziran yang melampau.

Namun ada juga yang mengatakan itu hak Elfira untuk membelanjakan wangnya setelah penat bekerja.