Manchester City kalah, 'Zorro' muncul di sidang media

  • 6 years ago
Kekalahan pertama Manchester City musim ini sememangnya satu berita sensasi dunia bola sepak.

Sensasi kekalahan itu nampaknya ditambah 'api' apabila pengurus Shakhtar Donetsk yang mana pasukannya yang mengalahkan City semalam hadir ke sidang media dengan memakai topeng Zorro.

Ini bukan mahu mengejek City tetapi adalah pelakuan tunai janji kerana Paulo Fonseca pernah mengatakan pada awal November jika pasukannya layak ke peringkat kalah mati beliau akan memakai topeng Zorro ini.

Shakhtar Donetsk mengalahkan City 2-1 dan dengan kemenangan itu melayakan pasukan mereka ke peringkat 16 pasukan Liga Juara Juara Eropah.

Rekod 227 hari untuk 29 perlawanan lebur apabila dua jaringan pemain asal Brazil, Benard dan Ismaily membantu Shakhtar menundukkan City