Momentum Fit Malaysia berterusan ke Hari Sukan Negara setakat 2 petang

  • 6 years ago
Fit Malaysia @ Perak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan walaupun cuaca sedikit berjerebu dengan hampir 20 ribu peserta membanjiri Dataran Majlis Bandaraya Ipoh.

Acara yang masuk peringkat ke-9 itu dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang turut menyertai acara fun ride atau berbasikal bersama rakyat Perak.