Xavier Andre Justo saman tiga pihak terima datanya di Singapura

  • 6 years ago
Warga Switzerland, Xavier Andre Justo, yang sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand kerana cuba memeras bekas majikannya Petrosaudi International, akan menyaman tiga pihak yang menerima datanya di Mahkamah Tinggi di Singapura.

Justo mahu pemilik kumpulan media The Edge Toong Kooi Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Penerbit The Edge Communications Ho Kay Tat serta Pengasas-Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown memulangkan data yang telah diserahkannya kepada mereka.