SPAN: Negeri perlu kaji sumber air bawah tanah

  • 6 years ago
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meminta semua negeri mengkaji dan menyediakan sumber air bawah tanah dan kolam takungan bagi menambah bekalan air mentah dalam mendepani fenomena cuaca panas bulan depan. Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Kasim, berkata kerajaan negeri juga disaran mengkaji pelaksanaan pembenihan awan dengan bantuan Jabatan Meteorologi Malaysia.