Konvoi beramai-ramai undang risiko

  • 6 years ago
Penunggang motosikal berkuasa tinggi tidak digalakkan menganjur konvoi dalam jumlah besar kerana ia berisiko tinggi untuk terbabit dalam kemalangan jalan raya. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Abdul Haris Lakar berkata, risiko berkonvoi ialah apabila salah seorang peserta konvoi terjatuh, lazimnya beberapa rakan di belakang akan terlibat sama kerana tidak sempat mengelak atau memberhentikan motosikal.