MH17: Tujuh pakar forensik PDRM ke Kiev sambung siasatan

  • 6 years ago
Tujuh pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlepas ke Kiev, Ukraine untuk menyambung semula pencarian baki serpihan dan bukti baru berkaitan nahas MH17 yang dipercayai ditembak jatuh 17 Julai tahun lalu. Pasukan diketuai komander pasukan pengecaman mangsa bencana (DVI), Penolong Pesuruhjaya Polis Hussein Omar Khan dilapor berlepas dari klia pada 12.30 tengah malam tadi.