GST: Segala kekeliruan bakal diselesaikan

  • 6 years ago
Pengguna dinasihatkan untuk bersabar jika ada segelintir peniaga enggan untuk menjual kad tambah nilai prabayar. Ini kerana, Pengarah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy menjelaskan, segala kekeliruan dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat.