Gelandangan maut dipukul di Alor Setar

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Seorang lelaki gelandang berusia 40-an dipukul sehingga mati di kawasan letak kereta di Jalan Langgar, Alor Setar. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi Jumaat, mangsa maut akibat kecederaan teruk di kepala, dipercayai akibat dipukul dengan kayu oleh seorang gelandangan lain. Kedua-duanya dipercayai kurang siuman.