Catatan Facebook Nga Kor Ming fitnah

  • 6 years ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedia menerima cadangan dan kritikan terhadap kepimpinannya, tetapi sebarang tulisan berunsur fitnah sama sekali tidak boleh diterima. Dalam catatan di Facebook rasmi beliau, Najib berkata, beliau terpaksa mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming selepas catatannya di media sosial mempunyai unsur fitnah serta berniat jahat.