Penentuan sistem rasionalisasi subsidi sedang dikaji

  • 6 years ago
Kerajaan sedang meneliti kertas cadangan syarikat yang mempunyai kepakaran untuk membangunkan sistem rasionalisasi subsidi petrol ron95 dan diesel yang akan dilaksanakan mulai tahun depan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Pertama, Datuk Ahmad Maslan 3 kriteria utama akan diambil kira bagi memastikan sistem yang bakal digunapakai itu tidak membebankan.