Kerajaan pertimbang semak elaun

  • 7 years ago
Kerajaan akan pertimbang untuk menyemak semula kadar imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat awam pada tahun hadapan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata kerajaan prihatin menjaga kebajikan penjawat awam dengan membuat semakan gaji dan elaun dari masa ke semasa supaya ia sejajar dengan kos sara hidup.