Dokumen TPPA akan diberi kepada semua mp sebelum dibentangkan

  • 6 years ago
Dokumen perjanjian perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan diberikan kepada kesemua ahli parlimen sebelum ia dibentangkan di parlimen.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, dokumen berkenaan akan diedarkan secepat mungkin kerana ia memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum ia boleh dibentangkan.